![]() |
Anak kecil yang suci dari segala dosa |
Assalamualaikum,
Saudara, ada dikalangan kita yg Islam mengalami pahit getir
serta kesedihan dan kepiluan kerana kematian anak ketika dilahirkan atau ketika
masih kecil dan belum baligh. Ia merupakan suatu troma bagi kedua ibu dan bapa,
terutama, bagi mereka yg begitu mengharapkan mendapat zuriat terutama jika
sukar bagi mereka mendapatnya. Di dalam Islam, segala sesuatu malapetaka itu
ada hikmah dan kebaikan asalkan mereka yg menghadapinya tetap bersabar. Ini
disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b
'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda:
'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni,
anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka
berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'.
Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni,
seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah
(s.a.w) bahawa sesiapa yg kehilangan tiga orang anak kandungnya kerana meningal
ketika kecil, maka, jika rida dia dan tidak meratus dia dalam kesedihaan atau
kepiluan yg melampau, maka dia (kedua ibu bapa anak-anak tersebut) diberi
ganjaran syurga. Begitu juga kalau meninggal dua orang anaknya. Dalam kes
seorang ibu bapa yg meninggal seorang anaknya tidak disebutkan dalam hadith di
atas itu, tetapi dalam hadith lain disebutkan kalau meninggal seorangpun dapat
syurga.
Diriwayatkan hadith dari al-'Awam b Hausabin hadith dari Abi
Muhammad, iaitu hamba merdeka kpd Omar b Khattab (r.a) hadith dari Abi 'Ubadah
hadith dari Abdullah yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):'
Barangsiapa yg didahului oleh tiga orang dari anak-anaknya (yakni, meninggal
lebih dahulu dari ibubapanya) belum sampai baligh (umur anak-anak tersebut),
ada bagi mereka (kedua ibubapanya) menjadi pendinding yg mendindingi (kedua-dua
ibubapanya) dari neraka.' Maka berkata Abu Zarr: 'Telah mendahului akandaku dua
(orang anakku)!' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun dua.' Maka berkata
Ubai b Kaab, seorang ahli (pembaca) al-Quran: 'Telah mendahului akandaku
seorang (anakku).' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun satu.' [Hadith Ibnu
Majah, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith yg kedua ini lebih jelas dari hadith yg
pertama itu, Namun mesej yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah tetap
sama, iaitu, sepasangan ibubapa yg seorang atau dua orang atau tiga orang anak
mereka meninggal ketika belum sampai umur baligh, mereka (yakni, anak-anak itu)
jadi pendinding dari kedua ibubapanya dari api neraka di akhirat kelak.
Maksudnya, kedua ibubapanya yg rida dgn kematian anak-anaknya akan mendapat
balasan syurga. Diperjelaskan dalam hadith-hadith lain bahawa kanak-kanak yg
belum baligh itu suci dari dosa, maka mereka secara otomatis masuk syurga.
Jikapun kedua ibubapanya tak berjaya mendapat syurga, namun ketika diperintah
oleh Allah (a.w) supaya mereka masuk syurga, mereka enggan selagi Allah (a.w)
tidak perkenankan kedua ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama
mereka.
Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b
'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan
hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad
hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada
dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya
(yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai
baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn
kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam
syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.'
Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua
ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu
dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini lebih jelas lagi menyebutkan bahawa
anak-anak kedua-dua ibubapa itu 'protes' tak mau masuk syurga sehingga kedua
ibubapa mereka bersama-sama mereka masuk syurga. Atas kerahmatan Allah (a.w),
maka Allah (a.w) perkenankan permintaan anak-anak tersebut. Jelaslah, betapa
untungnya ibubapa yg mengalami kematian anak-anak mereka ketika masih kecil
itu.
![]() |
Betapa pilunya rasa hati seorang bapa apabila mengkebumikan sendiri anaknya. Semua itu kerana redha akan ketentuan Allah |
Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b
'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan
hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad
hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada
dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya
(yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai
baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn
kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam
syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.'
Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua
ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu
dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini lebih jelas lagi menyebutkan bahawa
anak-anak kedua-dua ibubapa itu 'protes' tak mau masuk syurga sehingga kedua
ibubapa mereka bersama-sama mereka masuk syurga. Atas kerahmatan Allah (a.w),
maka Allah (a.w) perkenankan permintaan anak-anak tersebut. Jelaslah, betapa
untungnya ibubapa yg mengalami kematian anak-anak mereka ketika masih kecil
itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment