Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah
yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan
etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang
dapat menjadi role model kepada warga pendidik.
Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang
menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus
masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan
komunikasi.
Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya
meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan
potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki
kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej
dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan,
proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka
menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang
ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan negara.
em....betul2..insya'allah jadi guru cemerlang, gemilang terbilang...!!!!pada agama yang tercinta....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sekiranya saya di beri kesihatan oleh Allah s.w.t, sy akan berusaha bersungguh-snggh utk memberi pelajaran yang terbaik kpd murid sy agar mencapai kejayaan dunia dan akhirat. amin
Deletesaya doakan smoga ustazah dipanjangkan umor dan diberi kesihatan oleh Allah s.w.t agar dpt mmberi pengajaran yg terbaik kpd anak didik.
ReplyDeleteinsyaAllah.. semoga Allah panjangkan umor nasrul juga ya
ReplyDelete